Tuesday, December 18, 2018



Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya persekitaran kondusif bagi menjalani proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Justeru, suasana pembelajaran yang baik harus diwujudkan dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). 
Definisi lain bagi pengurusan bilik darjah pula bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Ia adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek yang terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya persekitaran kondusif...